fbpx

Euro 2024: Sepanyol calar ‘ego’ Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dani Olmo (kanan) meraikan jaringan gol yang dilakukan ke atas Jerman sebentar tadi.

STUTTGART – Pasukan Sepanyol mempamerkan mentaliti juara selepas berjaya menewaskan tuan rumah, Jerman dengan keputusan 2-1 pada aksi suku akhir saingan Euro 2024 sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Jerman membariskan kesebelasan terbaik dengan Kai Havertz, Leroy Sane dan Jamal Musiala mengetuai jentera serangan.

Sepanyol pula malang pada awal saingan selepas tonggak Utama, Pedri terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-8 selepas mengalami kecederaan selepas diterjah Toni Kroos.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan terbuka 45 minit pertama tetapi gagal memecah kebuntuan.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad La Roja akhirnya Berjaya meledak gol pembukaan hasil penyudah Dani Olmo selepas menerima hantara Lamine Yamal pada minit ke-51.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Die Mannschaft memperkemaskan jentera serangan dengan menggandakan asakan ke kubu Sepanyol.

Gol penyamaan yang dicari akhirnya tiba menerusi jaringan dramatic Florian Wirtz pada minit ke-89 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Jerman yang menduduki ranking ke-16 dunia berusaha untuk memburu gol kemenangan tetapi beberapa peluang terbaik yang dicipta gagal menerjah jaring.

Ketika perlawanan seperti bakal ditentukan menerusi penentuan penalti, pemain gentian Sepanyol, Mikel Merino muncul wira selepas menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-119 selepas menerima hantaran Olmo.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Sepanyol mara ke peringkat separuh akhir minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI