fbpx

Empangan pecah akibatkan banjir di Hunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan bangunan dan jalan ditenggelami air selepas hujan lebat di Yueyang, wilayah Hunan pada 2 Julai lalu. - AFP

BEIJING – Pegawai China bertungkus-lumus untuk membendung banjir hari ini, yang disebabkan oleh empangan pecah di tengah China, lapor media pemerintah ketika negara Asia itu bergelut dengan musim panas dengan cuaca ekstrem.

Agensi berita Xinhua melaporkan, insiden empangan pecah berlaku pada petang semalam di sebahagian daripada benteng di pantai Tasik Dongting, wilayah Hunan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta-merta tetapi empangan pecah seluas 226 meter itu memaksa hampir 6,000 orang berpindah dari kawasan berhampiran, lapor penyiar negara, CCTV.

Ia menyiarkan rakaman yang menunjukkan air tasik mengalir melalui celah parit sekali gus membanjiri tanah ladang dan mengenai bumbung rumah kampung.

Pusat pemantauan jalan raya negara itu berkata, kawalan trafik hari ini dikenakan ke atas semua jalan masuk dan keluar dari daerah Huarong di Hunan. Ia menempatkan kira-kira setengah juta orang.

Kementerian Pengurusan Kecemasan mengerahkan lebih 800 anggota, hampir 150 kenderaan dan berpuluh-puluh bot untuk membantu membendung empangan serta membantu kerja-kerja bantuan banjir, lapor Xinhua. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI