fbpx

Dua lelaki ‘kebas’ kereta terbabas masuk anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Tindakan dua lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Lurik Indah, di sini gagal apabila kereta tersebut terbabas ke dalam anak sungai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, salah seorang suspek berjaya ditahan pemilik kereta jenis Honda City berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika seorang lelaki berusia 27 tahun mengangkut barang dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya tanpa mematikan enjin.

“Lelaki terbabit kemudian terkejut apabila mendapati keretanya tiada semasa keluar dari rumah sebelum bertindak mencari di kawasan sekitar.

“Selepas mencari sejauh 200 meter, dia menjumpai keretanya terbabas ke dalam anak sungai dan melihat seorang lelaki keluar dari kereta itu sebelum bertindak menahannya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemilik kereta itu menghubungi polis dan tangkapan semula dilakukan ke atas suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI