fbpx

Dr. Abdul Majid tokoh Maal Hijrah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin mengurniakan penganugerahan kepada Abdul Majid malam ini.

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Abdul Majid Omar diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah
1446H/2024M peringkat negeri, malam ini.

Pengumuman itu dibuat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Abdul Majid selepas menunaikan solat bersama rakyat selain bacaan doa dan ceramah Maal Hijrah.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI