fbpx

Chengal Lempong Kampung Angkat Madani peringkat kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR menyampaikan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Kampung Chengal Lempong di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kampung Chengal Lempong, di sini, dipilih sebagai Kampung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program Kampung Angkat Madani merupakan salah satu cara dilakukan kerajaan dalam menilai sejauh mana keberkesanan dasar yang diumumkan.

“Untuk mengukur kejayaan sesuatu dasar di ketengahkan kerajaan, perlu diukur dari akar umbi (peringkat kampung),” katanya ketika merasmikan Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Chengal Lempong, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan tidak seharusnya memfokuskan pembangunan di kawasan bandar sahaja, sebaliknya peruntukkan juga perlu sampai ke peringkat kampung.

“Kita tidak boleh bangunkan hanya di kota, kita kena angkat peruntukkan sampai ke kampung supaya jangan ketinggalan. Dari sekecil masalah longkang sehinggalah kepada program pembangunan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Anwar dalam pada itu mengingatkan kepada semua jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan untuk sentiasa turun padang dan mendengar sendiri masalah rakyat terutamanya yang berada di kampung.

“Jentera kerajaan memang ada tetapi kadang-kadang maklumat dari bawah tidak sampai. Kita kena dengar semua dari bawah dan turun sendiri, mudahan dapat selesaikan masalah dengan baik.

“Mudahan rakan pegawai kanan dapat ambil perkara ini dengan serius. Kita bukan minta turun setiap hari. Mungkin sebulan atau dua bulan sekali,” kata Anwar dalam ucapannya.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI