fbpx

Asyraf Wajdi ucap takziah pemergian Rosdi Mohamed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Rosdi (empat dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang OKU di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh pagi tadi

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan takziah di atas pemergian Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Mara Negeri Kelantan, Rosdi Mohamed.

Asyraf Wajdi memaklumkan, Allahyarham Rosdi telah kembali kerahmatullah sekitar pukul 7.30 malam tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Baru pagi tadi Allahyarham mewakilkan saya untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang orang kelainan upaya (OKU) yang viral, adik Raja Amirul Mukmin Raja Safari, di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan.

“Moga Allah mengampunkan segala dosa almarhum dan menempatkan rohnya di kalangan muttaqiin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Allahyarham mewakili Asyraf Wajdi menyampaikan sumbangan wang tunai RM1,000 secara one off, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) turut menyampaikan bakul makanan barangan keperluan dapur kepada keluarga Raja Amirul Mukmin.

Wang RM1,000 tersebut adalah membantu menampung perbelanjaan perjalanan keluarga Raja Amirul Mukmin ke Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Kosmo! hari ini melaporkan, pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang meraih 8A, 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mengubah keputusannya apabila memilih untuk menyambung pengajian peringkat asasi kejuruteraan kimia di UTP.

Raja Amirul Mukmin berkata, keputusan itu dibuat selepas dia mendapat tajaan selama setahun menerusi Tabung Amanah Zakat UTP (TAZU) bernilai lebih RM27,000 untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI