fbpx

[VIDEO] ‘Saya akan terima lelaki bergaji rendah sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan perempuan berbangsa cina tersebut ketika ditemubual.

PETALING JAYA – Seorang wanita berbangsa Cina tular di media sosial apabila berhasrat untuk memilih lelaki yang berpendapatan rendah sahaja untuk dijadikan suaminya.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok milik akaun Yoofriend, wanita tersebut berkata, dia akan memilih calon suami yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Katanya, dia membuat pemilihan seperti itu kerana memahami kebanyakan kaum lelaki tidak mempunyai gaji yang tinggi.

“Saya faham bukan senang bagi lelaki untuk mempunyai gaji yang banyak, jadi saya dapat menolong dia sampailah mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati, ramai orang terutama golongan lelaki yang memuji wanita tersebut.

“Lagi bijak ‘amoi’ rupanya,” kata Ridzxan.

“Cari ‘amoi’ la selepas ini,” kata Mohamad Yazid.

“’Amoi’ ni jujur jika dibandingkan dengan gadis kita yang nak RM6,000 hingga RM7,000 gaji sebulan ditambah pula dengan Honda dan Iphone 15,” kata Adyputra Ipoh.

Perkongsian video tersebut tular di laman TikTok dan berjaya mendapat 577,900 tontonan dan 52,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@yoofriends Lepasni cari amoi je la 🥹 #cinabukit #gaji #expectedsalary #amoi ♬ original sound – Yoofriend

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI