fbpx

[VIDEO] ‘Pak guard’ sebak berpisah dengan guru besar kesayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pelukan terakhir bersama warga sekolahnya.

PETALING JAYA – Pelukan erat buat kali terakhir daripada seorang pengawal keselamatan sekolah kepada guru besarnya yang bakal bersara mengundang sebak di hati orang ramai.

Video berdurasi 59 saat yang dikongsikan di laman TikTok @shuhadarusli5, memaparkan kisah perpisahan seorang guru besar bersama warga sekolah, namun apa yang menyentuh hati, kesedihan itu bukan sahaja dirasai pelajar malah warga kerja sekolah seluruhnya.

Menerusi video tersebut, turut kelihatan seorang pengawal keselamatan setia menunggu di tepi pentas untuk bersalaman dengan guru besar yang dipanggil Cikgu Rahim itu, sebelum berpelukan erat buat kali terakhir.

“Mereka siap sediakan hadiah untuk guru besar, ini kisah guru besar kami pada majlis persaraan beliau. Yang berasa sedih bukan sahaja guru dan murid, orang luar yang terdiri daripada mereka disebalik tabir turut rasa kehilangan.

“Mereka terdiri daripada pemandu bas murid, kebiasaan mereka berjemaah solat asar bersama-sama, pasti mereka terasa kehilangan sahabat surau yang ramah dan baik,” jelasnya dalam video.

Meninjau ke ruang komen, pengguna yang mengenali guru besar tersebut turut mengakui jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat di sekolah rendah di Sabah itu.

“Terima kasih Cikgu Rahim, saya salah seorang pelajarnya dan Alhamdulillah sekarang sudah berkhidmat sebagai seorang guru juga,” komen Majid Latip.

“Kalau ibu bapa di Sabah Sarawak memang lain sikit dengan cikgu-cikgu. Mereka memang menghargai jasa guru-guru yang mendidik anak-anak mereka. Itulah yang saya dengar,” ujar Najah Nabihah.

“Tidak kenal guru besar ni tapi setiap kali lalu depan sekolahnya, beliau antara yang terawal akan terpacak depan sekolah menyambut pelajar-pelajar seawal pukul 6 pagi,” kata Che Muhaimin.

“Faham lah kenapa pengawal keselamatan tu peluk sebegitu. Sebab guru besarnya akan ada bersama-sama tunggu pelajar sambil luang masa bersama dia depan pintu pagar,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@shuhadarusli5kisah Guru Besar SK Pekan bersara.. beliau bukan sahaja pendidik kepada murid tetapi juga mendidik pendidik agar berkhidmat dengan penuh kasih sayang.. kerana pengakhirannya.. adalah sungguh indah..

♬ Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI