fbpx

[VIDEO] ‘Mana ekor, mana kepala?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor ular sawa batik yang melintasi jalan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bertembung dengan seekor ular sawa batik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Reptilia itu merupakan antara spesies ular terpanjang di dunia yang boleh mencecah sehingga 6.95 meter.

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik akaun @jns33 memaklumkan, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terserempak dengan haiwan itu yang sedang melintas jalan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai orang yang terkejut dengan saiz reptilia tersebut yang besar dan panjang.

“Berapa meter panjang kalau macam ini besar,” kata Delvis Jeffery.

“Ya Allah, takutnya saya dulu pernah nampak memang spesies perlahan jalan kalau makan terlalu banyak,” kata Siti Aisyah.

“Kalau aku dah risau fikir mana kepala, takut tiba-tiba kepala berada di sebelah,” Kata Zainey.

Perkongsian video tersebut tular di aplikasi TikTok dan berjaya meraih sebanyak 305,300 tontonan dan 7,496 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@jns33 orang nk cepat balik,tiba dia lintas jalan,terpksa bagi lalu#orangaslimalaysia🇲🇾🇲🇾 ♬ bunyi asal – gino²😎

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI