fbpx

‘Excalibur Perancis’ hilang selepas 1,300 tahun dalam batu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pedang Durandal di kampung Rocamadour. - Foto GRANTIBO

PARIS – Sebilah pedang Perancis purba hilang secara misteri selepas 1,300 tahun tertusuk ke dalam batu di kampung Rocamadour, kira-kira 160 kilometer dari bandar Toulouse, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Pedang Durandal sepanjang 80 sentimeter itu yang tertusuk dan dirantai pada batu setinggi 9.75 meter dilaporkan hilang pada Isnin lalu.

Ia adalah milik pahlawan terkenal Perancis yang dikenali sebagai Roland.

Kisah Durandal mirip cerita rakyat Britain mengenai pedang Excalibur milik Raja England, Raja Arthur yang turut tertusuk pada sebuah batu.

Polis menganggap kehilangan Durandal sebagai kes kecurian dan telah melancarkan siasatan.

Namun, pihak berkuasa dilaporkan keliru mengenai bagaimana ia dicuri kerana lokasinya yang terpencil.

“Kami menyiasat kehilangan Durandal, Ia menjadi legasi kampung Rocamadour selama berabad-abad,” kata datuk bandar tempatan, Dominique Lenfant. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI