fbpx

Tiga rakan penjenayah curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Lazim menunjukkan komponen motosikal yang dirampas menerusi Op Lejang Khas pada 26 Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Tiga rakan penjenayah yang terlibat dalam kegiatan curi motosikal tumpas selepas ditahan secara berasingan di sekitar Taman Ibu Kota Setapak, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kesemua suspek berusia di antara 21 hingga 28 tahun itu ditahan secara berasingan menerusi Op Lejang Khas pada 26 Jun lalu.

“Susulan daripada tangkapan, polis berjaya merampas empat motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah motosikal jenis Honda termasuk beberapa komponen motosikal jenis Yamaha 125zr.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini hari ini.

Mohamad Lazim berkata, kesemua suspek merupakan rakan dan didapati tidak bekerja.

“Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan sebanyak empat kes kecurian motosikal yang dilaporkan di sekitar kawasan Wangsa Maju,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI