fbpx

Tiga individu beri keterangan kes gangguan seksual wartawan wanita di PRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seramai tiga individu dirakam keterangan berhubung kejadian seorang petugas kempen Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wartawan wanita dalam satu program di Sungai Kechil di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 30-an itu direman selama dua hari bermula semalam dan tiga individu telah dipanggil bagi merakamkan kenyataan setakat ini.

“Siasatan sudah di peringkat akhir dan kita turut akan melakukan kawad cam hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan polis akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang berhubung kes petugas kempen PH yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan sempena kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari mangsa berusia 20-an ketika dia bersama sekumpulan pengamal media lain sedang mengikuti sidang akhbar dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI