fbpx

TdF 2024: Cavendish pecah rekod kuasai Peringkat 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVENDISH muncul pelumba paling banyak memenangi peringkat perlumbaan di TdF selepas menawan Peringkat 5 kelmarin. - AFP

SAINT-VULBAS, PERANCIS – Pelumba veteran Britain, Mark Cavendish mengukir sejarah di Tour de France (TdF) selepas mencipta kemenangan peringkat perlumbaan buat kali ke-35 kelmarin.

Kemenangan pelumba 39 tahun di Peringkat 5 TdF 2024 itu sekali gus berjaya mengatasi rekod Eddy Merckx yang bertahan sejak 1975 tersebut.

Menyertai TdF sebagai perlumbaan jelajah terakhirnya itu, Cavendish sempat mengangkat tangan sebaik melepasi garisan penamat sebagai tanda meraikan kemenangan berharga dalam karier berbasikalnya.

Pencapaian bersejarah itu datang setahun selepas Cavendish mengalami kemalangan yang menyaksikannya terpaksa menarik diri selepas peringkat lapan pada edisi lalu.

“Saya melakukan pecutan sekuat yang boleh dan berharap hidup akan berubah jika melepasi garisan penamat terlebih dahulu.

“Sejarah tidak akan tercipta jika anda tidak melakukannya. Itulah sifat perlumbaan ini dan menjadikan perlumbaan ini sangat cantik.

“Apapun, ia memerlukan banyak usaha untuk sampai ke sini kerana ini adalah Tour de France ke-15 saya.

“Apa yang menggembirakan, saya dikelilingi oleh orang-orang yang luar biasa dan saya terhutang budi kepada mereka.

“Kami mungkin tidak dapat melakukannya sebagai satu pasukan seperti yang dimahukan tetapi barisan pelumba lain membawa saya ke posisi terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI