fbpx

SPRM teliti dokumen HRD Corp berkaitan rasuah, salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima beberapa dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima dokumen tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud pada pukul 11.30 pagi, hari ini.

“SPRM akan meneliti keseluruhan dokumen bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

“Selain daripada kesalahan jenayah, SPRM juga akan meneliti isu-isu kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam LKAN 2/2024,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Kesuma sudah menyerahkan laporan kepada SPRM pagi tadi berhubung isu membabitkan HRD Corp.

Menurut Khairul Dzaimee, laporan yang dibuat itu selaras dengan syor dikemukakan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) agar pihak kementerian melaporkan kepada agensi penguatkuasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI