fbpx

Sindiket jual ‘software’ judi RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Lazim menunjukkan barangan rampasan yang digunakan sidiket bagi menghasilkan laman judi dalam talian.

KUALA LUMPUR – Merekrut individu yang memiliki skil membangunkan perisian judi sebelum dijual kepada negara luar pada harga mencecah RM50,000.

Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan di dua apartmen di Jalan Tun Razak, di sini, pada 27 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, serbuan di kedua-dua lokasi berjaya menahan 24 individu termasuk 10 wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun.

“Serbuan pertama kira-kira pukul 3 pagi berjaya memberkas 15 individu termasuk dua warga China, manakala serbuan kedua pada pukul 3 petang menahan sembilan individu termasuk tujuh warga China.

“Siasatan mendapati dua serbuan ini membabitkan dua sindiket berlainan yang telah aktif sejak enam bulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil serbuan, polis berjaya merampas antaranya kad akses, komputer riba, telefon bimbit, ipad dan router.

Mohamad Lazim berkata, modus operandi sindiket itu dipercayai merekrut individu sebagai ‘programmer’ (pengatur perisian) dengan tawaran gaji sekitar RM5,000 hingga RM12,000.

Katanya, warga China yang ditahan juga dikesan masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong.

“Programmer ini berperanan menghasilkan ‘software’ bagi laman judi dalam talian dengan menyasarkan pembeli atau pemain di luar negara.

“Sindiket juga berselindung di sebalik syarikat sah yang menawarkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI