fbpx

Siling kantin SMK Kuala Lanar runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN siling kantin SMK Kuala Lanar di Lipis yang runtuh malam semalam.

LIPIS – Siling kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar di sini runtuh malam tadi namun tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.10 malam sebelum sepasukan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan siling di kantin sekolah berkenaan. Runtuhan tidak melibatkan mangsa dan anggota bomba telah melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan menutup laluan ke lokasi runtuhan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan melibatkan bangunan yang sudah usang dan pihak sekolah bersama JKR Lipis telah memasang sawar-sawar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI