fbpx

Sakit radang sendi, berkerusi roda, semua itu fitnah – Sheila Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheila menafikan dakwaan mengarut pihak tidak bertanggungjawab dirinya sekarang menderita sakit sendi sehingga terpaksa berkerusi roda.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Sheila Majid menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan iklan kononnya dia pernah menderita arthritis atau radang sendi sehingga berkerusi roda.

Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 59, menyifatkan paparan berita palsu yang menggunakan nama media tertentu itu juga sebagai merepek.

“Memang mengarut, berita ini tidak benar. Lima tahun lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kalau benar saya menderita penyakit ini, tentu media tempatan sudah menyiarkan berita ini lima tahun lalu. Kenapa baru sekarang,” tulisnya dalam Instagram.

Melalui perkongsian sama, Ratu Jazz itu juga mempersoalkan tindakan pelaku yang sanggup mempergunakan namanya demi mengaut keuntungan secara mudah.

“Kenapa perlu menipu semata-mata mahu melariskan produk? Adakah anda tidak mempunyai keyakinan hingga terpaksa mengaitkan nama saya demi menjual produk?

“Produk anda palsu, sama dengan artikel ditulis,” luahnya merujuk keratan berita yang disertakan dalam hantaran itu.

Sheila menegaskan tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan memburu dalang yang didakwa dilakukan individu sama dan pernah memfitnahnya sebelum ini.

“Saya sedang mencari pelaku yang sebelum ini pernah menuduh saya menggunakan produk pelangsing badan, namun kenyataan mereka tidak disertakan bukti.

“Sehingga kini saya masih gagal mengesan sumber terbabit. Mereka tahu cara untuk manipulasi situasi dan menyembunyikan diri.

“Saya mohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bantu saya mengesan mereka supaya tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka,” katanya.

Sebelum ini nama Sheila juga pernah ‘dijaja’ di laman sosial kononnya dia meninggalkan dunia hiburan selepas pembabitan dengan satu jenama memberi keuntungan lumayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI