fbpx

Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rasyidi (kanan) dan Mohd. Hussein (tengah) bersama peguam mereka ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” bagi mengkaji dua pertuduhan rasuah RM640,000.

Dua pertuduhan rasuah itu berhubung anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan pada sebutan keputusan representasi itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut Farah Ezlin representasi yang dihantar oleh kedua-dua tertuduh iaitu pegawai SPRM Mohd. Rasyidi Mohd. Said, 44, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd. Hussein Mohd. Nasir, 55, pada 1 Julai lalu itu ditolak AGC semalam.

“Hari ini adalah keputusan representasi. Untuk makluman representasi itu ditolak,” kata Farah Ezlin.

Dengan keputusan representasi itu, Hakim Suzana Hussin kemudian menetapkan 8 dan 9 Ogos ini bagi perbicaraan kes seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini.

Semasa prosiding peguam Ariff Azami Hussein mewakili kedua-dua tertuduh.

Pada 25 Mei tahun lalu, Mohd. Rasyidi dan Mohd. Hussein mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam pada 5 Mac lalu.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai berjumlah RM240,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak menahan reman individu sama semasa siasatan pihak SPRM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, di sini, antara pukul 2 dan 4 petang pada 6 Mac lalu yang didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohd. Hussein turut didakwa atas satu lagi pertuduhan meminta rasuah wang berjumlah RM2 juta untuk dirinya daripada kedua-dua individu itu.

Ia sebagai dorongan untuk menukarkan pertuduhan yang lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan terhadap kes pendakwaan yang dihadapi oleh ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Melayu Kepong, di sini, pada Februari 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI