fbpx

Polis buru individu pecah cermin 6 kereta di LRT Awan Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian khianat terbabit di LRT Awan Besar.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan cermin enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya menerima enam laporan berhubung kejadian tersebut pada 2 Julai lalu.

“Hasil semakan mendapati kesemua enam kereta ini diparkir oleh pemilik kenderaan pada 1 Julai lalu bermula pukul 3 petang di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil.

“Beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan beberapa kereta telah dipecah masuk dipercayai berlaku di Stesen LRT Awan Besar, Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

@cdpham4/7/2024 Awan Besar LRT station Hati2 yg bawah kereta parking yang free…bukan ada jagaan guard..♬ Tragedy (horror, force, orchestra, movie)(1293642) – TrickSTAR MUSIC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI