fbpx

Piala FA: KDA FC mara separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Penang FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - Foto FB KDA FC

ALOR SETAR – Keputusan seri 0-0 dicatat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Penang FC di Stadium Darul Aman malam ini sudah cukup untuk membawa pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu mara ke peringkat separuh akhir Piala FA menerusi keputusan agregat 1-0.

Perlawanan berlangsung rancak sebaik pengadil, Mohd. Amirul Izwan Yaacob memulakan perlawanan dengan Penang FC nyata menunjukkan kesungguhan mereka untuk memadam kelebihan satu gol dimiliki Kedah setelah Sang Kenari mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Bandaraya, minggu lalu.

Penyerang utama mereka, Rodrigo Da Silva berpeluang membuka jaringan seawal minit ke-8 apabila dia berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menyambut hantaran jauh kapten, Rafael Vitor.

Rembatan Rodrigo bagaimanapun terlalu lemah untuk membolehkan pertahanan KDA FC, Ariff Farhan menyelamatkan keadaan meskipun penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz sudah tertewas.

Setelah kerap kali diasak, KDA FC akhirnya berjaya menghadirkan ancaman kepada pintu gol pelawat pada minit ke-22.

Menjelang 10 minit terakhir, Ketua Jurulatih KDA FC, melakukan empat pertukaran serentak dengan memasukkan Milos Gordic, Hasbullah Abu Bakar, Zamri Pin dan Fayyadh Zulkifli bagi menggantikan Syafiq Ahmad, Ebenezer Assifuah, Amirul Hisyam Awang Kechik serta Ariff Farhan.

Langkah itu bagaimanapun tidak membawa perubahan besar kepada pasukan tuan rumah dengan Penang lebih banyak menggasak menjelang minit-minit terakhir perlawanna. Keputusan 0-0 bagaimanapun kekal hingga tamat perlawanan untuk mengesahkan kemaraan KDA FC ke separuh akhir Piala FA musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI