fbpx

Pemuda panjat pokok pukul 5 pagi ‘kantoi’ curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksaan sebahagian peralatan disyaki digunakan untuk mencuri kabel telekomunikasi yang dijumpai daripada kumpulan penjenayah di Kemasik, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki disyaki pencuri kabel telekomunikasi berjaya ditahan polis selepas cuba melarikan diri dengan memecut kenderaannya sejauh 120 kilometer dan memanjat pokok untuk bersembunyi di Felda Panching, Kuantan, Pahang hari ini.

Terdahulu, sepasukan polis yang mengadakan rondaan telah terserempak dengan lelaki berusia 20 tahun terbabit bersama tiga suspek lain sewaktu mereka disyaki sedang melakukan kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di Kemasik di sini pada pukul 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, keempat-empat suspek yang menyedari kehadiran polis segera menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton sebelum memecut laju untuk melarikan diri.

“Mereka yang melalui Chukai, Mak Lagam, Cheneh, Jabor di sini dan Bukit Kuantan dikejar polis sehingga ke Felda Panching.

“Salah seorang suspek akhirnya berjaya dikesan bersembunyi di atas sebatang pokok di tanah rancangan itu hasil bantuan Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 7 pagi,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, gerakan mencari tiga lagi suspek yang masih bersembunyi giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI