fbpx

Pembangkang hampir pasti menang besar di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STARMER dan isteri, Victoria tiba untuk membuang undi di London kelmarin. – AFP

LONDON – Pembangkang utama, Parti Buruh berada di laluan untuk mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum Britain, demikian menurut tinjauan selepas pengundian semalam sekali gus menamatkan pemerintahan kerajaan berhaluan kanan pimpinan Parti Konservatif selama 14 tahun.

Selepas pusat-pusat mengundi ditutup  pukul 10.00 malam(waktu tempatan), tinjauan pendapat untuk badan-badan penyiaran Britain membayangkan bahawa Parti Buruh akan memenangi 410 kerusi Dewan Rakyat 650 dengan Parti Konservatif dijangka hanya mengaut  131 kerusi.

 Pembangkang lebih kecil dan berhaluan tengah, Parti  Liberal Demokrat akan mendapat 61 kerusi, namun parti reformasi anti-imigresen pimpinan Nigel Farage pula boleh mendapat  sehingga  13 kerusi.

Pengiraan undi sedang giat dijalankan di seluruh negara, dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan lewat hari ini.

Dalam pada itu, pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer berada di landasan untuk menggantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI