fbpx

Menteri Pendidikan didakwa miliki Phd palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Mohamed Abdel Latif. - Foto Facebook/Egypt.MOE

KAHERAH – Menteri Pendidikan Mesir yang baharu, Mohamed Abdel Latif  mencetuskan kontroversi selepas beliau dituduh memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Phd) palsu, lapor portal berita Middle East Eye semalam.

Menurut maklumat yang diterbitkan oleh kementerian dan semua media kerajaan, beliau memiliki PhD daripada  Universiti Bandar Cardiff, Amerika Syarikat (AS) dan ijazah sarjana dalam pembangunan pendidikan daripada  Universiti Lawrence  di AS pada 2012.

Seorang wartawan Mesir dan pemeriksa fakta, Hossam el-Hendy mempersoalkan kesahihan PhD yang didakwa dimiliki menteri baharu itu daripada  Universiti Bandar Cardiff

Dalam cariannya, El-Hendy berkata, pusat pengajian tinggi itu adalah universiti palsu dan mengeluarkan dokumen dan sijil yang tidak diiktiraf tanpa mempunyai kampus sebenar. 

Menurutnya, ia bukan Universiti Cardiff yang terkenal di Britain.

“Universiti palsu biasanya syarikat tanpa kampus atau fakulti, memberikan kertas atau sijil tidak diiktiraf,” tulis wartawan itu.

Foto kampus di laman web Universiti Bandar Cardiff sebenarnya adalah Kolej Trinity, sebahagian daripada Universiti Cambridge di Britain.

Selain itu, alamat yang disenaraikan di laman web universiti itu adalah milik sebuah bangunan untuk sewaan pejabat di Washington yang digunakan untuk syarikat yang mahu memulakan perniagaan di AS.

Dalam pada itu, laman berita Middle East Eye tidak dapat mencari sebarang program sarjana pembangunan pendidikan di laman web Universiti Lawrence. 

Sebelum ini, Abdel Latif pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian sekolah swasta Nermine Ismail (NIS) milik ibunya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI