fbpx

Lukisan usia 51,200 tahun, tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan ini memaparkan tiga therianthropes atau kacukan manusia-haiwan dan seekor babi hutan. - Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia

JAKARTA – Sekumpulan ahli arkeologi menemui cerita bergambar tertua di dunia berupa lukisan gua yang 6,000 tahun lebih tua berbanding pemegang rekod sebelumnya, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Ukiran gua tersebut ditemui di dalam gua Lean Karampuang. Lokasi itu terletak kira-kira 10 kilometer dari tempat pemegang rekod sebelumnya di pulau sama, Sulawesi.

Lukisan itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 51,200 tahun, kata penyelidik daripada Universiti Griffith, Universiti Southern Cross dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia dalam jurnal Nature.

Sampel tersebut dikumpulkan pada 2017, namun tidak diberikan tarikh sehingga awal tahun ini.

Pemegang rekod sebelum ini ialah lukisan gambar bersaiz sebenar yang memaparkan seekor babi hutan. Ia dipercayai dilukis sekurang-kurangnya 45,500 tahun lalu di sebuah gua di Leang Tedongnge.

Lukisan yang ditemui baru-baru ini memaparkan tiga therianthropes atau kacukan manusia-haiwan dan seekor babi hutan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI