fbpx

Lelaki didenda kerah pekerja OKU bawah umur buat ‘overtime’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Pilah - GAMBAR HIASAN

KUALA PILAH – Seorang pengusaha premis barangan lusuh didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan ke atas remaja lelaki berusia 14 tahun.

Tertuduh, Shadesh Kumar, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pemuda itu sebagai majikan kepada mangsa telah gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan.

Perbuatan itu dilakukan pada 12 Jun lalu kira-kira pukul 5.30 petang di sebuah premis di Jalan Kuala Pilah-Bahau, Kampung Bukit Gelugor.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan denda kerana menanggung anak yang masih kecil selain merupakan kesalahan pertamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI