fbpx

Daging korban untuk sedekah kena rampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguasa Maqis menunjukkan sebahagian daging lembu korban yang dirampas di LTSIP, Pengkalan Chepa pada minggu lalu. FOTO IHSAN MAQIS

KOTA BHARU – Hasrat seorang lelaki untuk bersedekah sebanyak 20 kilogram (kg) daging lembu menerusi ibadah korban yang dilaksanakannya di Bangladesh tidak kesampaian selepas kesemua bahan mentah itu dirampas semasa dia tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini pada minggu lalu.

Lelaki warganegara Bangladesh berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 6 petang pada 26 Jun lalu semasa pegawai penguasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menjalankan pemeriksaan rutin di laluan ketibaan penumpang.

Pengarah Maqis Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata, pemeriksaan di dalam kotak polistiren dibawa lelaki itu menjumpai sebanyak 20 kg daging lembu korban bernilai RM600 yang tiada permit sah.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan melakukan ibadah korban di Bangladesh pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Siasatan mendapati, kesemua daging korban itu dipercayai akan dibawa dan akan disedekahkan kepada ahli keluarganya yang berada di Rantau Panjang dekat sini.

“Lelaki itu kemudiannya dibebaskan selepas pegawai penguasa Maqis merampas kesemua daging lembu korban tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Syed Fuad memberitahu, tujuan larangan mengimport termasuk membawa masuk daging berkenaan melalui laluan udara adalah bagi menghalang risiko kemasukan penyakit kuku dan mulut (FMD) dan merosakkan industri penternakan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI