fbpx

Kerap disoal bila nak tambah anak, Fazura minta netizen tanya Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerap dihujani soalan tentang menambah zuriat, pelakon Fazura hanya mampu memohon orang ramai mendoakan agar perkara tersebut dimakbulkan Tuhan.

Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia mengakui adakalanya tidak mampu untuk memberikan jawapan setiap kali menerima soalan sebegitu daripada orang lain namun hanya mengharapkan doa yang baik-baik buat dirinya.

“‘Fazura, bila nak tambah anak?’ Nanti saya tanya Allah. Suami saya ada di Kelantan, macam mana hendak buat anak baru?

“Adakah saya perlu tumbuk bawang putih dan bawang merah, dicampur dengan bunga cengkih kemudian boleh mengandung selepas itu?

“Ramai tanya soalan itu, macam mana saya nak jawab? Pastinya perlu berdoa sebab saya pun nak tambah anak,” katanya dalam sebuah video yang tular dalam TikTok.

Tambah bintang filem Gol & Gincu itu, dia juga mempunyai niat untuk memberi seorang dik kepada puterinya, Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia empat tahun.

“Namun, itu semua ketentuan Tuhan dan kita berusaha serta doakan agar dipermudahkan.

“Saya juga nak tambah anak dan beri adik untuk Fatima. Dia pun nak adik,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI