fbpx

Keputusan DNA sepadan dengan ibu bapa Hafiz Fauzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. HALID (kiri) syukur apabila keputusan DNA ke atas rangka yang ditemui disahkan milik anaknya, Hafiz Fauzan.

BATU PAHAT – Penemuan rangka manusia di dalam kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau di tepi jalan Yong Peng-Muar di sini menutup cerita kehilangan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja yang dilaporkan sejak 26 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ia berikutan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor mengesahkan bahawa melalui analisa profile DNA yang diperolehi sepadan 99.9 peratus dengan spesimen darah ibu bapa mangsa.

“Identiti rangka manusia tersebut adalah Hafiz Fauzan Abdul Halid, lelaki Melayu, berumur 16 tahun yang juga pelajar Tingkatan 5 dan beralamat di Bandar Putera Indah, Batu Pahat serta merupakan mangsa orang hilang yang dilaporkan telah keluar rumah sejak 26 Mei lalu.

“Polis mengesahkan menerima profil DNA tersebut dan ia berpadanan dengan spesimen darah kedua ibu bapa Hafiz Fauzan iaitu Abd Halid Sugiman,44, dan isterinya Zuraidah Zainuddin, 45.

“Berikutan itu, kes kehilangan anak ke tiga daripada tujuh adik-beradik itu dianggap selesai namun siasatan menjurus kepada kemungkinan melibatkan jenayah masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, bapa kepada Hafiz Fauzan, Abdul Halid Sugiman mengesahkan menerima makluman daripada polis bahawa rangka manusia yang ditemui pada 24 Jun baru-baru ini adalah anaknya.

Menurut Abdul Halid, keputusan itu diperolehi sekitar pukul 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Ujarnya, proses tuntutan jenazah akan di buat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat hari ini sebelum dikebumikan di di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Batu 7 Tongkang Pechah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI