fbpx

Isu HRD Corp: Kesuma sudah serah laporan berkaitan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sudah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Laporan tersebut diserahkan Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bersama Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood di ibu pejabat SPRM, di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Menurut Khairul Dzaimee, laporan yang dibuat itu adalah selaras dengan syor dikemukakan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) agar pihak kementerian melaporkan kepada agensi penguatkuasaan.

“Pada hari ini Kesuma telah menghantar laporan kepada SPRM dan laporan ini adalah berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di dalam laporan tang telah di bentangkan di Parlimen semalam.

“Dan ia selaras dengan syor dikemukan oleh Ketua Audit Negara sendiri dalam laporan berkenaan supaya kementerian membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

“Laporan ini mengandungi isu-isu yang dibangkitakan oleh LKAN dan maklum balas yang diberikan oleh kementerian (kepada) HRD Corp iaitu agensi dibawah Kesuma yang dinamakan atau terlibat dalam laporan ini,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

LKAN 2/2024 yang diumumkan semalam mengesyorkan Kesuma merujuk kepada agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung ketidakteraturan yang dikenal pasti terhadap pengurusan HRD Corp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI