PUTRAJAYA – Kerajaan belum memutuskan untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) sebagai skandal kewangan terbaharu negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan masih di peringkat penilaian oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan kerajaan belum ada maklumat penuh mengenai isu berkenaan.
“Tapi mungkin kita perlu penelitian dulu dan kita beri ruang kepada ahli Parlimen untuk membahas dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim untuk memberikan jawapan di Parlimen dulu.
“Belum masanya untuk kita membuat apa-apa pengklasifikasian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan mahu mengklasifikasikan isu HRD Corp sebagai skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – KOSMO! ONLINE