fbpx

Iran adakan pusingan penentuan pilihan raya Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG Masoud membawa poster beliau semasa waktu akhir berkempen di Tehran pada 3 Julai lalu. – AFP

TEHRAN – Iran mengadakan pusingan penentuan pilihan raya Presiden hari ini  antara calon reformis, Masoud Pezeshkian dan lawannya, Saeed Jalili berikutan peratusan keluar mengundi paling rendah pada pusingan pertama.

Pada pusingan pertama minggu lalu, Pezeshkian memenangi jumlah undian terbesar sekitar 42 peratus, manakala  Jalili yang merupakan bekas perunding nuklear Iran, berada di tempat kedua dengan 39 peratus undi, demikian menurut angka pihak berkuasa pilihan raya Iran.

Hanya 40 peratus daripada 61 juta pengundi yang layak, keluar mengundi  pada pilihan raya pusingan pertama sekali gus  peratusan keluar mengundi paling rendah dalam mana-mana pilihan raya Presiden Iran sejak Revolusi Islam 1979.

Kelmarin,  pemimpin agung  Iran,  Ayatollah Ali Khamenei  menyeru agar jumlah keluar mengundi lebih tinggi dalam pilihan raya hari ini.

“Pusingan kedua pemilihan Presiden adalah sangat penting,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan.

Pengundian pada minggu lalu juga menyaksikan Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf berada di tempat ketiga dengan 13.8 peratus undi, manakala ulama Mostafa Pourmohammadi memperoleh undi kurang satu peratus.

Pilihan raya Presiden Iran pada asalnya dijadualkan pada 2025 tetapi diadakan lebih awal berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Mei lepas. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI