fbpx

Hujan lebat di Perlis, Kedah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di utara Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat kini sedang berlaku melibatkan beberapa kawasan di negeri Perlis diikuti di Kedah, melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan.

“Selain itu, cuaca lembap dan hujan sama turut dijangka di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Sarawak (Sri Aman (Sri Aman) dan Betong) sehingga pukul 12 tengah hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah petang pula, Metmalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir hampir di semua negeri.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramalkan tertumpu di sekitar kawasan pedalaman Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu dan Johor.

“Seterusnya, cuaca sama turut diramalkan di kebanyakan kawasan di Sabah diikuti utara dan selatan Sarawak menjelang petang ini,” kata Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI