fbpx

Hujan di Selangor, Kuala Lumpur hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di tujuh negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku di negeri Selangor melibatkan kawasan di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, diikuti Kuala Lumpur dan Mersing di Johor.

“Seterusnya di negeri Perak pula, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta serta beberapa kawasan di Hulu Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu. Diikuti Rompin, Pahang.

“Di Sarawak pula, hujan lebat diramalkan di Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang serta Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) di Sabah sehingga 7 petang ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI