fbpx

GMD tidak terlibat dalam insiden kebocoran gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden kebocoran gas dikesan berlaku di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi semalam.

PETALING JAYA – Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd., (GMD) memaklumkan syarikat itu tidak terlibat dalam insiden kebocoran bahan kimia bau daripada tangki skid terbiar di Sepang Aircraft Engineering’s Southern Support Zone, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut pihak pengurusan GMD, tangki skid terbiar yang terlibat dalam kejadian itu dan kemudahan gas di sekelilingnya bukan milik mereka.

“Kami dipanggil untuk membantu Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd., (MASSB) mengenal pasti punca kebocoran.

“Sebagai sebuah organisasi korporat yang bertanggungjawab, penglibatan kami dalam situasi ini adalah untuk memastikan keselamatan awam terpelihara sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan insiden gas bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA pada pagi semalam yang berpunca daripada kebocoran pada sebuah tangki skid terbiar.

Difahamkan, beberapa mangsa turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom pening dan loya akibat terhidu gas tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI