fbpx

Gerakan koperasi negara catat perolehan RM64.6 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMANAN (empat dari kanan) menyerahkan replika cek kepada wakil Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddn Perlis Berhad di Pangkalan Asam Kangar, hari ini.

KANGAR – Perolehan gerakan koperasi negara meningkat kepada RM64.6 bilion seiring dengan pertambahan koperasi berdaftar dan keanggotaannya pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan berkata, gerakan koperasi negara terus berkembang dengan 15,809 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.2 juta anggota seluruh negara dicatatkan pada tahun lalu.

“Angka ini melepasi sasaran dasar yang ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak RM60 bilion bagi tahun 2025.

“Dalam masa yang sama, kejayaan gerakan koperasi menceburi pelbagai sektor ekonomi berjaya meningkatkan pengumpulan modal syer dan yuran kepada RM17.4 bilion, dengan
penjanaan aset berjumlah RM165.9 bilion,” katanya ketika berucap sempena peluncuran sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) dan Hari Koperasi Kebangsaan (HKK) 2024, di sini hari ini.

Tambah Ramanan, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta pada tahun ini melalui Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyediakan modal pusingan kepada koperasi yang terlibat dalam aktiviti ekonomi berpotensi dan berdaya maju.

“Pakej pembiayaan ini telah ditambah baik dengan had siling pembiayaan ditingkatkan sehingga RM30 juta termasuk menyediakan pakej khas kepada koperasi tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia.

“Peruntukan sebanyak RM6.75 juta juga disediakan di bawah Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi 2.0 (bantuan pembangunan) kepada koperasi yang aktif, menjalankan aktiviti ekonomi yang berdaya maju untuk menaik taraf infrastruktur perniagaan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI