fbpx

Euro 2024: Sepanyol yakin sertai kelompok empat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LA FUENTE memiliki kelebihan dari aspek mengenali setiap pemain kerana pernah bekerjasama sejak di peringkat akademi lagi. - AFP

STUTTGART – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente percaya beliau mempunyai pasukan dan pemain terbaik pada kempen Euro 2024 untuk membawa pasukan itu mara ke kelompok empat pasukan terbaik.

Sepanyol bakal turun menentang tuan rumah, Jerman pada aksi di MHP Arena, Stuttgart tengah malam ini pada aksi suku akhir dengan reputasi kemenangan bersih dalam empat perlawanan termasuk bangkit menewaskan Georgia 4-1 pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

La Roja menjadi satu-satunya pasukan yang meraih kemenangan bersih aksi sejak di peringkat kumpulan dan ia menyamai rekod yang mereka lakukan ketika muncul juara Euro pada edisi 2008 dan 2012 sebelum ini.

“Kami memiliki keinginan dan cita-cita. Kami tahu tidak ada pasukan yang menang kesemua perlawanan pada kempen kali ini kecuali pasukan ini.

“Kami mempunyai pasukan dan pemain terbaik. Kami akan terus berjuang untuk memburu kejuaraan walaupun sedar Jerman adalah halangan sukar untuk kami merealisasikannya.

“Kualiti, komitmen dan keyakinan adalah perkara paling penting perlu ada pada semua pemain. Jerman adalah kuasa bola sepak dan mereka juga memiliki pemain yang bagus. Perlawanan ini akan menjadi sangat sukar, tetapi kami memiliki keyakinan,” kata De La Fuente.

Tambahnya, saingan suku akhir bakal melibatkan lapan pasukan yang hebat dan apa yang menjadi penentu untuk membuktikan sesebuah pasukan itu kuat dan layak adalah kemampuan untuk mereka tahu masa yang sesuai untuk memberi tekanan dan menyudahkan peluang.

Dalam pada itu, pemain tengah Sepanyol, Mikel Merino percaya kelebihan yang dimiliki La Roja ketika ini adalah hubungan rapat antara pemain dan pengendali pasukan apabila lebih separuh daripada pemain yang skuad kali ini pernah berada di bawah kendalian De La Fuente dalam akademi bola sepak negara itu.

“Kami mengenali setiap daripada pemain untuk tempoh yang lama. Sejujurnya skuad kali ini mempunyai hubungan yang sangat erat dan saya fikir ini adalah kunci kejayaan kami setakat ini. Semangat setia kawan dan keinginan menjulang Sepanyol.

“Kami tidak mempunyai perkara lain dalam fikiran kecuali pasukan ini perlu memenangi Euro. Tidak adalah seorang pun di antara kami yang memiliki sifat mementingkan diri dan kami masuk Sepanyol kembali menjadi hebat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI