fbpx

Euro 2024: Portugal sedia hadapi satu lagi aksi sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO akan terus menjadi sandaran buat Portugal biarpun masih belum berjaya meledak sebarang gol setakat ini. - AFP

HAMBURG – Selepas mengharungi aksi lebih 120 minit pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik. Portugal bakal berdepan satu lagi tugasan mencabar untuk berdepan Perancis di peringkat suku akhir Euro 2024 di Volksparkstadion, Hamburg awal pagi esok.

Pengendalinya, Roberto Martinez mahu pemainnya segera lupakan episod sukar yang dihadapi ketika berjaya menyingkirkan Slovenia di pusingan 16 terbaik dan percaya mereka tidak memerlukan rehat walaupun keletihan ketika menjinakkan Slovenia.

“Kami tidak mahukan ‘cuti’ dan sekarang kami begitu fokus untuk hadapi Perancis. Persaingan makin sukar dan tempoh tiga hari sudah memadai buat kami lakukan persiapan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Perancis adalah pasukan yang kuat dan kami mungkin berdepan kesukaran untuk tembusi pertahanan mereka. Mereka mampu berikan banyak kesukaran kepada kami,” katanya.

Rekod enam pertemuan terakhir juga turut berpihak kepada Perancis yang menang tiga kali, manakala Portugal sekadar berpuas hati dengan satu kemenangan dan dua kali seri.

Martinez juga melabel Diogo Costa sebagai senjata rahsia ketika cipta sejarah sebagai penjaga gol pertama menyelamatkan tiga sepakan penalti semasa pertemuan dengan Slovenia.

“Saya fikir Diogo Costa adalah senjata rahsia dalam bola sepak Eropah dan dia sudah buktikannya.

Dalam masa sama, Martinez mahu setiap pemain meniru mentaliti Cristiano Ronaldo yang kekal mahukan sesuatu yang lebih baik walaupun ketua pasukannya itu makin dimamah usia.

“Kami tidak perlu begitu memberikan sepenuh perhatian kepadanya dan saya berterima kasih kepada Ronaldo dengan cara dia memposisikan dirinya. Saya tidak ragu ketika menamakannya sebagai penendang sepakan penalti pertama dan dia telah membuka kejayaan pasukan ini.

“Saya fikir kami sangat berbangga memiliki ketua pasukan sepertinya. Bilik persalinan kami begitu gembira dan teruja dengan apa yang telah diberikan. Dia memberikan kami pengajaran bahawa anda perlu terus hidup walaupun mungkin ia adalah hari terakhir.

“Anda perlukan satu standard yang tinggi serta tidak mengalah. Kehidupan dan bola sepak sentiasa memberikan anda kesukaran dan cara dia (Ronaldo) memberikan reaksi adalah contoh terbaik untuk bola sepak Portugal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI