fbpx

Euro 2024: Perancis terpaksa buat perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS dilihat masih bergelut untuk mempamerkan rentak sebenar mereka selepas empat perlawanan untuk mengimbangi status mereka sebagai pasukan pilihan. - AFP

HAMBURG – Penggantungan Andrien Rabiot menyaksikan pengendali Perancis, Didier Deschamps berdepan satu lagi cabaran bagi mengimbangi kualiti pasukan untuk hadapi Portugal pada aksi suku akhir Euro 2024 di Volksparkstadion, Hamburg awal pagi esok.

Perubahan harus dilakukan dengan lebih teliti bagi menutup segala kritikan ke atas pasukan Les Bleus yang dianggap tidak menepati status sebagai pilihan pada penyertaan kali ini dengan aksi kurang menyengat dipamerkan.

Bagaimanapun, penolong jurulatih, Guy Stephan berpendirian bahawa segala kritikan langsung tidak masuk akal dan tidak adil buat pasukan yang kini cukup bermotivasi untuk menghadirkan kejayaan.

“Dia (Rabiot) adalah pemain yang sangat baik, cukup aktif dan sudah memiliki keyakinan. Jadi kami mesti mencari penyelesaian, namun kami masih lagi belumbuat sebarang kata putus siapa yang akan mengisi tempat itu.

“Kami tidak pernah mengatakan yang kami akan memenangi setiap perlawanan. Memang benar apa yang diperkatakan secara kolektif (Perancis sebagai pasukan pilihan) dan kami patutnya mampu lakukan lebih baik.

“Kami perlu lebih cekap, namun perkara yang bagus kami sering menguasai permainan dan memiliki lebih banyak peluang berbanding lawan,” kata Stephan.

Antara yang sering berdepan kritikan adalah kelibat Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann, namun Stephan menganggap perkara itu ada satu kebiasaan ketika kedua-dua pemain itu adalah watak penting buat pasukan.

Griezmann juga turut membalas kritikan yang dilontarkan kepada Perancis dan bertegas kualiti sesebuah pasukan tidak hanya bersandarkan kepada jumlah jaringan.

“Tanpa pertahanan yang bagus, kamu juga tidak mampu mara lebih jauh dan sekarang kami perlu biasakan diri dengan sistem baharu.

“Tidak kira di mana saya bermain, sudah pasti saya akan berikan yang terbaik dan jurulatih juga pasti tahu posisi yang saya gemar bermain dan tepat untuk saya memberikan sumbangan kepada pasukan ini,” kata Griezmann. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI