fbpx

EPL: Slot enggan tiru cara Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANCKO (kanan) dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool untuk mengikuti jejak Slot yang dilantik sebagai pengendali baharu pasukan itu. - AFP

LONDON – Pengendali baharu Liverpool, Arne Slot memilih untuk tidak mencontohi Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag yang membawa masuk beberapa pemain daripada pasukan lamanya.

Slot sebelum ini dikaitkan dengan spekulasi untuk membawa masuk tonggak pertahanan harapannya ketika bersama pasukan lama, Feyenoord, David Hancko, namun mengesahkan sebaliknya.

Ten Hag sebelum ini telah menandatangani dua pemainnya ketika di Ajax Amsterdam, Lisandro Martinez dan Antony sebaik menandatangani kontrak sebagai pengendali baharu The Red Devils pada musim panas 2022.

Namun, Slot cuba mengambil pendekatan yang berbeza walaupun Liverpool berpeluang untuk mendapatkannya pada harga £30 juta (RM173.4 juta) dan Hancko juga telah menunjukkan prestasi cemerlang di bawah bimbingan pengurus itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Hancko juga menepis dakwaan bahawa dia akan mengikuti jejak Slot untuk bersama The Reds dan menyatakan bahawa dia belum layak untuk berada bersama skuad gergasi Eropah itu.

“Saya rasa dalam tiga tahun lagi, Slot akan disebut sebagai salah satu jurulatih terbaik di dunia. Saya melihat itu akan berlaku kerana saya tahu apa yang dia lakukan untuk kami dan sekarang dia mempunyai platform besar untuk menunjukkan kemampuan sebenar.

“Saya tidak menyatakan penghargaan itu kerana saya berharap untuk pergi bersamanya ke Liverpool kerana peluang itu kecil. Saya bercakap dengannya beberapa kali selepas musim berakhir, tetapi saya tidak fikir mereka mencari pemain di posisi saya,” kata Hancko.

Hancko juga mendedahkan kaedah latihan Slot yang luar biasa memainkan peranan besar dalam membentuknya menjadi pemain yang lebih baik serta telah membantunya dalam usaha mengubah karier beliau ke peringkat yang lebih tinggi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI