fbpx

Dunia artis penuh kepura-puraan – Micheal Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terkesan dengan kenyataan kononnya tidak pandai berlakon dan menangis depan kamera, pengarah Michael Ang tampil mendakwa pelakon Ruhainies sebenarnya sengaja menyindir Bella Astillah.

Michael, 48, berkata, situasi tersebut menunjukkan dunia industri tidak sebaik yang disangka sesetengah pihak, sebaliknya terlalu banyak ‘drama’ si pelaku terlibat.

“Dunia artis penuh kepura-puraan. Terimalah hakikatnya.

“Sebenarnya apa yang dia (Ruhainies) cakap itu cuma mahu perli Bella.

“Dalam industri kita memang konsep perli-memerli. Dia cuma perli Bella sahaja dengan kenyataan itu,” katanya dalam sebuah video.

Bukan sahaja bengang dengan kenyataan Ruhainies, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu melepaskan geram terhadap penyanyi, Aliff Aziz yang disifatkan tiada perasaan bersalah terhadap semua perkara.

“Lelaki pula tersengih di sebelah. Makin menyampah pula dengan Aliff.

“Sebelum ini, aku tak menyampah sangat sebab biasalah jantan tidak pernah berubah.

“Lelaki biasalah ‘bebird’ berterbangan, selagi ada sangkar yang sanggup buka luas, dia masuklah,” selarnya terhadap ‘regu’ khalwat Ruhainies itu.

Dalam masa sama, Michael turut menempelak Aliff yang pernah melemparkan kata-kata kesat terhadap pihak media dalam media sosial ketika kontroversinya ditangkap khalwat bersama Ruhainies mula menjadi bualan hangat, Mac lalu.

“Dalam media sosial cakap wartawan ‘b*b*’ tetapi jumpa depan-depan boleh berterima kasih pula (kepada media),” jelasnya.

Semalam, Ruhainies menyangkal dakwaan tidak sensitif hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar sebaliknya mengakui sangat gembira bertemu pengamal media.

Mereka berdua hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium ibu negara pada 9 Mac lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon terbabit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh 17 Oktober depan untuk prosiding seterusnya.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI