KUANTAN – Dua lelaki melecur dalam kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kedai di Jalan Bukit Ubi, di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan menerima panggilan kejadian pada pukul 11.43 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota BBP Kuantan dan sebuah jentera dibantu sembilan anggota BBP Indera Mahkota dan sebuah jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba dilokasi kejadian berlaku kebakaran di tingkat bawah sebuah rumah kedai jenis kekal dua tingkat yang menjual plat nombor pendaftaran kereta dengan peratusan kebakaran adalah sebanyak 90 peratus.
“Selain itu terdapat dua lelaki melecur dan cedera di tangan dan telah dibawa ke hospital oleh ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. – KOSMO! ONLINE