fbpx

DPIM lebih agresif bantu usahawan peroleh sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romli (tiga dari kiri) menerima cenderahati pada majlis perasmian Ekspo Halal Malaysia 2024 di Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) mahu menyokong inisiatif kerajaan untuk membangunkan sehingga 10,000 pemegang sijil halal yang terdiri daripada pelbagai kategori perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

Ini adalah usaha dewan tersebut secara berterusan untuk mengukuhkan misi negara menjadi pemimpin global dalam produk dan perkhidmatan halal.

Pengerusi Tetap DPIM dan juga Pengerusi Cyberview Sdn. Bhd., Datuk Romli Ishak berkata, masih banyak lagi syarikat berpotensi yang memerlukan nasihat, bimbingan dan pemantauan tentang usaha kearah mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut beliau, antara usaha pihaknya adalah dengan penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2024 yang turut melibatkan penyertaan pemain yang akan memberi panduan dan testimoni mengenai impak positif terhadap syarikat setelah mendapat sijil halal.

“Sepanjang acara tiga hari ekspo tersebut berlangsung, usahawan terlibat dalam sesi perkongsian, aktiviti sokongan perniagaan, kursus pendek dan sesi rangkaian yang memberi tumpuan kepada permintaan halal, kerangka peraturan dan strategi pengembangan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pe­rasmian ekspo yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konven­syen Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.

Romli menerangkan, sebanyak 130 pempamer terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menyertai ekspo berkenaan.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut Ekspo Halal Malaysia dianjurkan oleh DPIM bersama HQC Commerce yang telah mendapat sokongan daripada beberapa kedutaan asing di Malaysia, termasuk dari Bangladesh, Somalia dan Republik Guinea.

Romli yang juga Pengerusi Cyberview Sdn. Bhd. menerangkan, ekspo bertemakan Merentasi Sempadan bersesuaian dengan persekitaran ekonomi semasa yang mahu memberi inspirasi kepada PKS agar dapat meningkatkan tahap capaian perniagaan dengan me­langkaui sempadan geografi sedia ada.

Tambah beliau, matlamatnya juga adalah untuk mendedahkan syarikat ini kepada segmen pasaran halal yang lebih kukuh dan membolehkan mereka mencapai tahap baharu dalam usaha perniagaan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI