SEBERANG PERAI – Calon Pakatan Harapan, Dr. Joohari Ariffin mempunyai ciri-ciri sebagai seorang figura kepada golongan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menerusi pengalamannya sebagai warga pendidik.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abdul Halim berkata, Dr. Joohari atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joo mempunyai nilai ketokohan yang dihormati golongan muda disebabkan kelebihan yang dimilikinya.
“Nampak perkembangan yang sangat baik dan positif terutama calon yang kita tampilkan. Cikgu Joohari ialah seorang yang mampu dekati golongan muda dan tak perlu untuk cuba-cuba nak berlakon jadi orang muda,” katanya kepada pemberita selepas selesai Program Kayuhan Komuniti Sihat di Sungai Kechil, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau yang merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, bukan mudah untuk mendekati golongan muda sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap itu diadakan. – KOSMO! ONLINE