fbpx

Charles III lantik Starmer sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Charles III (kanan) berjabat tangan dengan Starmer di Istana Buckingham, London hari ini. - Foto AFP

LONDON – Raja Charles III secara rasmi melantik pemimpin Parti Buruh, Sir Keir Starmer sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu hari ini semasa baginda menerimanya untuk menghadap di Istana Buckingham.

Gambar yang dikeluarkan oleh istana menunjukkan monarki berkenaan berjabat tangan dengan Starmer.

Parti Buruh pimpinan Starmer mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum yang diadakan semalam. 

Raja Charles III sebelum itu menerima peletakan jawatan Perdana Menteri daripada Parti Konservatif, Rishi Sunak.

“Raja menerima menghadap Sir Keir Starmer hari ini dan meminta beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” demikian menurut kenyataan istana. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI