fbpx

Beruang mati dirempuh Alphard, Honda Civic di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor beruang matahari yang mati dilanggar dua kenderaan di KM 299, LPT 2 berhampiran R&R Kijal, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seekor beruang matahari yang tiba-tiba melintas mati dirempuh dua buah kenderaan di Kilometer 299 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Kijal di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.10 malam itu, haiwan jantan itu dirempuh kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard dan kereta jenis Honda Civic yang sedang menghala ke Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kenderaan Toyota Alphard gagal mengelak apabila beruang matahari tersebut tiba-tiba melintas dari kiri lebuh raya.

“Setelah dilanggar, haiwan liar itu kemudiannya berlari ke lorong kanan sebelum dirempuh pula kereta Honda Civic pula. Impak perlanggaran itu, beruang matahari berkenaan mati akibat kecederaan pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan berkenaan terselamat tanpa mengalami kecederaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, anggota Perhilitan telah mengambil bangkai beruang tersebut telah diambil untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI