SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Restoran Singgah Rassa di Seri Kembangan dekat sini hari ini.
Ketibaan beliau di restoran berkenaan kira-kira pukul 12.40 tengah hari disambut orang ramai yang berada di sekitar premis itu.
Turut bersama beliau menikmati makan tengah hari di restoran tersebut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Perdana Menteri kemudian dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Pusat Bandar Putra Permai dekat sini. – KOSMO! ONLINE