fbpx

Anwar beri sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hidap angin ahmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhan menyampaikan sumbangan oleh Perdana Menteri kepada Men Heang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas jurutera elektrik, Tan Men Heang, yang menghidap angin ahmar.

Menurut Anwar, Men Hean hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri akibat penyakit tersebut.

“Isterinya juga sukar untuk bekerja kerana menghadapi masalah kaki yang menyukarkan dirinya untuk bergerak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, sumbangan kepada Men Hean disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya dalam sesi Ziarah Madani baru-baru ini.

Kata Anwar, turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

“Saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan yang ditanggung saudara Men Heang dan isteri.

“Saya titipkan doa memohon kesejahteraan dan kekuatan untuk mendepani dugaan dan meneruskan kehidupan,” kata Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI