fbpx

‘Jika kosongkan kerusi, saya cabar di mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari akan menggunakan saluran mahkamah sekiranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dikosongkan oleh Speaker Selangor.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan undang-undang negeri adalah tidak wajib bagi speaker mengosongkan kerusi tersebut disebabkan saya dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Namun, kalau saya sendiri keluar daripada parti dan masuk parti lain atau dituduh di mahkamah, itu baru ada kekosongan.

“Namun, semua itu terpulang kepada speaker bagi menentukan status kerusi DUN itu. Kalau betul (kerusi DUN Selat dikosongkan), saya mungkin bawa ke mahkamah bagi mendapatkan tafsiran daripada mahkamah. Saya akan perjuangkan hak saya,” katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, hari ini.

Sebelum ini, sokongan Abdul Rashid kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menjadi punca beliau digugurkan sebagai ahli Bersatu.

Justeru, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Speaker Selangor, Lau Weng San pada 21 Jun lalu dengan Weng San mempunyai tempoh 21 hari bagi menentukan status kerusi tersebut.

Ketika ditanya sama ada keputusan di DUN Nenggiri di Kelantan akan mempengaruhi keputusan pengosongan di DUN Selat Klang, Abdul Rashid menegaskan ia adalah dua situasi yang berbeza.

“Di Kelantan, speakernya adalah orang Pas dan terburu-buru hendak mengambil kerusi tersebut. Jadi, speakernya membuat keputusan dengan cepat.

“(Untuk Selangor), speaker (Weng San) ada 21 hari buat keputusan. Kalau perlu fikir dikosongkan maka kosonglah, kalau tidak (saya) akan terus seperti biasa,” ujarnya.

Jelas bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah susulan dipindahkan kedudukannya di Dewan DUN Selangor.

“Saya datang sini bagi menjalankan tugas sebagai ADUN. Tempat duduk tidak memberikan sebarang isu kepada saya,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI