fbpx

5 penagih aktif pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Lima penagih dadah yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di pusat bandar raya ini berjaya ditahan polis di Taman Desa Tebrau, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 29 hingga 39 tahun.

Menurut beliau, tangkap terhadap suspek dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang wanita berusia 37 tahun kerana rumahnya di Permas Jaya, dipecah masuk pada 18 Jun lalu.

“Kesemua suspek ditahan pada pukul 4.30 petang semalam.

“Polis turut merampas sebatang besi panjang berukuran 114.5 sentimeter (cm) dan tiga bilah parang berukuran sepanjang 46.5 cm dan 70 cm yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, semakan rekod lampau mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, dengan salah seorang daripada mereka berada dalam senarai dikehendaki polis.

“Kelima-lima suspek yang ditahan juga positif dadah melalui ujian saringan air kencing yang dibuat. Kesemuanya ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI