fbpx

‘Hampir setiap hari ada penjawat awam ditangkap kes rasuah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan seramai 2,163 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah sejak 2019 hingga 2023.

Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan SPRM, Mohamad Tarmize Abdul Manaf berkata, jumlah itu mewakili 43.3 peratus daripada keseluruhan tangkapan iaitu 4,996 tangkapan dalam tempoh yang sama.

Seramai 1,347 penjawat awam atau 62.2 peratus ditahan kerana meminta dan menerima sogokan, manakala 463 lagi ditangkap kerana membuat tuntutan palsu.

“Seramai 241 orang ditangkap kerana salah guna kuasa dan 21 penjawat awam kerana menawar dan memberikan suapan, manakala bakinya ditahan atas kesalahan lain-lain,” katanya.

Mohamad Tarmize berkata, pembabitan penjawat awam dalam rasuah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.

“Rasuah dalam perkhidmatan kerajaan seperti tiada kesudahan. Hampir setiap hari, ada sahaja penjawat awam ditangkap kerana rasuah.

“Setiap kali berlaku tangkapan, pelbagai persoalan bermain di bibir masyarakat.

“Semakin ramai ditangkap, semakin masyarakat mempertikaikan tahap integriti dan moral penjawat awam kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI